E-Prosiding ini mengumpulkan abstrak peserta pertandingan inovasi sebanyak 107 penyertaan daripada dua kategori iaitu kategori pendidik/terbuka dan kategori pelajar/ mahasiswa. E-Prosiding ini dibahagikan kepada 9 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin, Jerman, Kadazan, Tamil, Jepun dan Perancis mengikut inovasi yang dipertandingkan. Pertandingan yang dianjurkan oleh Akademi Bahasa Antarabangsa, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI dengan kerjasama SKOLAR ini membawa tema “Memacu Transformasi Pendidikan Bahasa Melalui Kreativiti, Teknologi dan Pedagogi Futuristik”.